Monday, September 29, 2008

'BaNdaRayA vs KaMpunG'

Hai!! emmm aku terpanggil pagi ni tuk melanjutkan penulisan ku....sebenarnya di fikiran aku asyik terfikir tentang perbezaan suasana perayaan di kampung dan juga di desa...walaupun aku memang lahir di bandaraya kuala lumpur ni tapi bila tiba musim perayaan aku xde feel nak beraya kat kl ni. Terlalu byk perbezaan yang aku rasakan. Sekarang aku berada di rumah akak kesayanganku di Cheras. Lagi beberapa hari nak raya tapi sepanjang hari aku duk kat sini xde apa yang menarik. Suasana raya xde langsung.. yg ada hanyalah seperti berikut :
  • Setakat dengar lagu raya kat Hot.fm n tgk iklan raya yg tak seberapa di tv jek..bosan sungguh!
  • aku xdgr pun suara budak berlari-lari sambil bermain bunga api di laman yang lapang...
  • tiada juga ku nampak org memasang pelita mahupun lampu kelip2..
  • dan yg paling hampir sekali tiada suasana org buat kuih raya..
  • sume pakai tuuuuuuunnnnjuk je kat kl ni...ish3x!!

Kuih Tradisi KL : Kuih Tunjuk

Nak dijadikan cerita, aku pernah sekali beraya di kl ni. mcm biasa still pegi rumah saudara-mara di kl yg byk dan xkn abis..tp feelling dia xsama mcm di desa..ntah la sukar utk digambarkan..lu pikir la sendiri nabil.. ada 1ari tu aku bosan pastu aku pegi la ke KLCC (xingat raya ke bape) kononnya saja nak bejalan tp nampak gayanya memang xleh jln. bukan sebab jln jem dgn kete tp KLCC jem dgn mat2 bangla n indon je.. sosak mato den melihatnyo...emmm,sejak tu aku bertekad xnk raya kl lagi..huhu..sadis sungguh!

Tetapi suasana tu amat berbeza jika berada di Kampung. Malam ni aku dah nak berangkat ke kampung halaman ku di kg gajah teluk intan, perak.. walaupun aku tidak dilahirkan di situ tp inilah tempat lahir kedua org tuaku..kalau ada kat kampung ni memang la sgt2 meriahnya..yg paling best tugas utamaku :
>>tukar sarung kusyen dan langsir
>>memasang pelita
>>mengemas rumah (deco bersama misha)
>>sume keje yang tak melibatkan periuk belanga di dapur..haha


emmm,di kampung ini juga aku akan dgr dan lihat sume benda yg aku tak dpt dgr kat kuala lumpur tu.. xyah la aku tulis kan..korang faham2 jela.. tu la yg seronoknya di kampung ni.. n yg paling berani mesti ada bunyi dentuman meriam buluh yg di reka sendiri oleh budak2 kampung..siap lawan bunyi lagi..tu yg POWER!!

Ni yg buat aku tergoda beraya di kampung..sentiasa kekal dlm mood raya..walaupun begitu aku tak lupa pada mereka yg kurang mampu..seperti anank2 yatim piatu dan juga org miskin.. di dalam kesibukan kita membuat persediaan utk berhari raya jgn dilupa mereka yg tidak berdaya..cewah..dah mcm lirik lagu plak..

Saturday, September 27, 2008

MerApU di kaLA mALaM...


hai assalamualaikum...
emmmm,apa aku nak merepek ni..actually aku baru create blog ni..hehehe malu jek baru nak buat.anak buah aku yang darjah 6 tu pun dah lama ada blog sendiri...aku tak boleh tido la mayb aku tak sabar nak beraya kot..hahahha..macam budak-budak la plak..ntah la sejak akhir ni aku payah nak tido dats why aku dok ngadap intenet ni even dah 3pagi..bijik mata aku terkejut kot..so tujuan aku malam ni hanya nak merapu..demi Allah aku tak ada tujuan lain selain merapu sehabis boleh..so kepada sesiapa yang lawat blog aku nanti jangan la plak banyak komplen sebab blog ni aku punya so suka hati aku la nak buat macam mana pun..korang baca je ek..hehehhe..lepas ni aku buat la penulisan yang bagus-bagus time aku ada mood nanti..
emmm tak sabar nak tengok anak bulan kan..dah hampir sebulan berpuasa dan tak lama lagi berhari raya pula..tahun ni persediaan aku sempoi giler hanya sepasang kurung merah sahaja..tidak berlebih-lebihan..tahun aku jadi pemberi duit raya pulak..sebelum ni aku jadi penerima je tp sekarang kena la bersedekah kat anak-anak buah..anak buah aku ramai giler hampir 30 org...hahahaha..penat dah bapak aku dok kira cucu cukup tak semua..ish2..bestnya,tak sabar nak balik kampung jumpa ayahda tercinta..rindu suasana desa..dulu kecik2 selalu mandi sungai..selagi arwah mak tak jerit suruh naik selagi tu la dok berendam dalam air tu..huhuhu..tp tu dulu zaman arwah mak aku masih ada..sedih bila kenang kembali..walaupun begitu hidup masih perlu diteruskan. tidak ku pinta lahir ke dunia ini tapi alang-alang dah lahir buatla sebaik mungkin untuk masa hadapan. Itulah yang sedang aku usahakan sekarang ini. Kepada semua sahabat doakan impian ilyana tercapai..hehehe teringat kat panda putih (boboy) suka giler tengok cite ni dulu..Sampai di sini sahaja,semoga ketemu kembali...adios!

 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates