Wednesday, October 22, 2008

Siapa Lebih MANJA?

Di suatu ketika, pada suatu masa terdapat dua kumpulan iaitu satu kumpulan lelaki dan satu kumpulan wanita, sedang berdebat atas isu "SIAPA YANG LEBIH MANJA, LELAKI ATAU WANITA". Kumpulan wanita menyokong, lelaki lebih manja daripada wanita, sementara kumpulan lelaki pula menyokong wanita lebih manja daripada lelaki. Perdebatan berkenaan kelihatan seperti tiada penghujungnya dan jauh sekali akan tamat. Tiba2 bangun seorang dari kumpulan wanita. Wanita cantik dan manis, belesung pipit di pipinya serta bertahi lalat di atas bibir (bukan niza ek) dengan senyum menawan pun berkata, "Saya tetap mengatakan kaum lelaki adalah...adalah lebih manja daripada kaum wanita..... Alasannya...semasa masih bayi dan kanak2, lelaki termasuk suami saya menyusu dengan ibu mereka dan apabila telah berkahwin pun kaum lelaki masih lagi menyusu termasuklah suami saya....."
hehehe..ooOOOoooOOoooo, kantoi!!!

Tempat Tidur Maut



SEKADAR INFO KESELAMATAN UNTUK KELUARGA!!

Seorang ibu mendapati anak tercintanya telah maut terbujur kaku dengan kepala tersepit ditempat tidur, bayi tersebut didapati maut saat berusaha turun dari tempat tidurnya ketika baru bangun pagi, melihat tanda di tempat kejadian, diyakin bayi tersebut maut akibat kekurangan oksigen , dia tidak dapat membebaskan kepalanya dari sepitan kayu, mulut dan hidungnya tertutup cadar sehingga teriakannya tidak dapat didengar siapapun sementara kakinya menjuntai kebawah tidak dapat menyentuh lantai. Melihat carikkan pada kain cadar, dapat dibayangkan penderitaan bayi tersebut saat menghembuskan nafasnya yang terakhir. Bagi rakan-rakan yang masih mempunyai bayi.............

Harap berhati hati. Perhatikan keselamatan setiap saat kerana ditempat tidurpun kecelakaan pastikan terjadi bila kita tidak mengutamakan keselamatan. Pada rakan2 yg masih belum kawen tp sudah berfikir ke arah itu pun boleh lah prepare 4da future. bg mereka yg nk ambik anak angkat (cth redziz..huhu) pun kena pk kan langkah keselamatan yg perlu diambil. adios babe!

Kata-kata Hikmah

Sejak kebelakangan ini aku lihat ada pelbagai post yg emo n hot di blog2 temasuk blog aku..hehe.. so aku mengambil kesempatan ini utk memberi tip2 yg bukan aku reka sendiri tp diambil dr sumber yg boleh dipercayai.. marilah kita renungkan bersama.

  • Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
  • Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
  • Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
  • Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  • ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  • Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
  • Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  • Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
  • Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
  • Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
  • Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

kata-kata hikmah ini sgt berguna utk di amalkan..aku juga mengingatkan diri ku serta rakan2 ku utk mngamalknnya.. memandangkan ada pelbagai perkara yg kita hadapi sehari-hari, maka kata-kata hikmah ini amat sesuai utk diamalkan..moga kehidupan kita lebih bermakna n aman..amin

Monday, October 20, 2008

1 Pertanyaan????


KeNaPA OrAnG Suka 'SiBuk' HAL oRaNg LaiN???

Assalamualaikum.. hai kwn2,agak lama jugak beta tidak mengarang di blog beta ini.. beta rasa sejak pulang ke rumah bangi beta agak bz n xsempat menaip.. tp mlm ni beta diberi mandat untuk menaip satu pertanyaan yg dah lama bersarang di ati beta.. ini hanya satu pertanyaan dan beta dgn tegasnya ingin mengingatkan ianya tiada kena mengena dgn sesiapa pun..hanyalah SATU PERSOALAN dan beta ingin sekali mendengar 'feedback' (eh! tiba2 omputih) dari rakyat jelata yg berada di luar sana..

dah la misha ape ko merapu ni daaaaaaaaaaaaaa.... hehehe.. ok la aku ni bkn pandai sgt berbahas pun apatah lagi nak berbahasa istana.. simple je soalan aku ni.. sebenarnya soalan ni agak besar bagi aku kerana setiap org ada pendapat tersendiri.. so dats y aku tanya n aku nk tau pendapat org lain gak..kang kata syok sendiri plak..mula la 'nk terasa sana sini'..eh mcm lagu CT plak .. Ct situ sana sini.. hehehe.. benda ni blaku mesti ada pro n kontra,betul x.. mungkin kesan yg positif n mungkin juga kesan yg negatif... so apa pendapat anda??
mengapa ianya terjadi?
  • adakah kerana mereka ini ada terlalu byk masa, sekadar ingin mengisi masa lapang?
  • ataupun mereka rasa diri mereka sudah cukup sempurna?
  • kalau berita itu dtg nya dr sumber yg bernama kabar angin, lagi best utk mereka jaga tepi kain org ni..
  • yg lebih menarik nya, ada diantara mereka cuba meracuni n mempengaruhi org lain utk ikut n jadi seperti mereka juga..nak tambah bil ahli kot!
  • ada plak tu yg aku nk tegelak, ada gak yg sampai satu tahap ckp, org tu la,ni la yg bermasalah,sedangkan diri sendiri yg bermasalah.. sedar la woit, xpayah nk hasut org, org dh tau la perangai ko yg sebenar!!

emmm,fikir2 kan la.. kita ni semakin tua bukan semakin muda so matang la sket.. aku sokong ckp ida, xkan masih nk berada di takuk yg sama? perangai tak ubah2..mcm budak2!!

Thursday, October 9, 2008

PenGanTiN BarU BUNG & K.LENA!!!

Di kesempatan ini misha ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Bung dan Kak Lena. Mudah-mudahan akan berkekalan hingga hujung nyawa. Misha tumpang gembira di atas perkahwinan ini. Tiada kata yang dapat digambarkan hanyalah doa mengiringi kebahagiaan bung dan pasangan. Akhirnya sampai juga hajat bung untuk mendirikan rumahangga. Sudah lama bung idamkam hari yg bersejarah ini. Sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan mereka bersama. Amin...

bercerita pasal bung ni..dia adalah tenaga pengajar KTR.. dia ni seorang yg sangat seni,ckp je suruh buat apa mesti dia leh buat. menari,belakon,berpuisi,bersajak dan mcm2 lagi..dulu satu masa aku penah menjadi nydp ktr dan bekerjasama dgn ydp panda putih (boboy). kami telah diberi mandat oleh bung untuk menjalankan tanggungjawab menguruskan KTR. tugas tu sangat berat utk dipikul tp disebabkan kepercayaan kami jalankan juga tanggungjwb tu dgn baik.

memang pada awalnya mcm2 dugaan yg kami lalui. sampai nangis2..ada pihak yg tak suka tp ape leh buat bukan senang nak puaskan ati sume pihak. dari situ kami belajar menguruskan KTR dr bung yg berpengalaman serta tunjuk ajar dari senior2 lain..sume masalah boleh diselesaikan dengan adanya kerjasama dr sume pihak..

emmm,aku akui agak sukar untuk bekerjasama dgn bung klo kita tidak mendapat kepercayaan dr beliau..biasalah org lama..hahaha..utk mendapatkan kepercayaan itu bukanlah susah sgt juz tunjukkan prestasi yg baik n buat keje dpn mata dia,sah2 leh dpt kepercayaan dia..dgn bung ni kena pandai amik ati dia. tp kadang2 ada gak yg xleh di ikut kan sgt.perlu dipertimbangkan..hehehe..apa2 pun itu mungkin dulu masa dia bujang..tp sekarang dah berumahtangga mungkin dah berubah sket kot..dah sejuk je ati dia..senyum memanjang..klo dulu asyik sakit pening tp skrg mungkin dan jumpa penawarnya.. i wish u all da best n happy wedding day!!


Wednesday, October 8, 2008

.::SaLAm DuNiA::.

"Salam dunia..salam semua..salam hari raya..bersinar akhirnya.." Lalallalalalala.. ini lah antara bait2 kata dlm lirik lagu M.nasir.. tetapi aku bukan mahu mengkritik lirik lagu ini,xde makdenya! Aku pun tak tau langsung menulis lirik yg aku tau hanya menyanyikan lirik.. hehehe.. tadi aku tgk gambar2 yang ditangkap (mcm penjenayah la plak) masa raya aritu.. bila aku belek2, aku tgk ada mcm2 gaya org bersalam ni.. emm klo korang tak pecaya,tgk gambar2 ni :



Ini Yang aku. Abg aku no.2. Jenis salam ini dikenali sebagai SALAM SENYUM SOKMO! senyih je abg aku ni.. emmm, tau2 je ada camera fokus.

Ini pula SALAM TERPAKSA.. "ibu, Johan xnak salam ngn ibu..xde pe2 dosa pun..huhu"



Ni kak yang isteri yang. emm ni SALAM ADA MAKNA. apa yg happy sgt tu, mcm ada udang di sebalik mee je?






Salam jenis apa ni?? emm, inilah yg dinamakan SEMBAH SALAM. klo nk di ikutkan, byk dosa ni..




ni lg best.. SALAM TAHAN NK TEBERAK!! mcm nk pecah baju dibuatnye....


ni pula SALAM ALA2 MANJA gitu.. akak aku ni memang ank manja, dulu klo buata keje mesti minta upah!



ini dinamakan SALAM AMIK KESEMPATAN! sambil diperhatikan oleh baby sofea...

yg terakhir... SALAM TIDO.. penat sgt kot, sampai tertido gayanya. hahaha



Inilah dia jenis2 salam yang aku maksudkan. apapun aidilfitri bermaksau bersyukur, memaaffi dan memberi..selamat ari raya,maaf zahir dan batin..wassalam.

Sunday, October 5, 2008

"AnaKkU buKAn anAkKu"

Apa maksud tajuk ni??? emmm,anakku bukan anakku ni bukan cite yg kat tv tu tau tp aku nak selitkan al-kisah anak buah ku semasa org sibuk buat persiapan raya..ada yang ringan tulang n ada gak yg malas..normal la tu budak2..aku dulu pun mcm tu gak,tau nak main jek..selagi tak di suruh sampai nk terkeluar anak tekak kakak aku,xde maknanya aku nak tolong..tp tu dulu, sekarang tidak lagi..hehehe..

Gambar kat bawah ni anak abang aku no 4 (aman bin lin) nama dia Syafiq..dia ni baru form 2 tp badan dia dah besar panjang kalah aku..mcm badan org dewasa. saiz kaki dia je dah cecah saiz 8..ish2...ni gambar dia tgh bz pasang pelita kat laman umah..

no 1 : tgh betulkan sumbu pelita


no 2 : kusyuk nyee si syafiq ni


no 3 : pasang pelita kat depan umah


Huh! yang ni plak stok2 anak buah aku yg malas..ni anak abg aku no2 (saharuddin bin lin) nama dia nina..umo dia 14tahun. Budak ni payah giler nk di suruh sampai mak dia gelar dia 'si baring'.. mane tak nye asyik baring jek. Bila di suruh sikit pun tak gerak, mata dia fokus kat tv jek. Selamat la dia ni ada adik kembar yg rajin nani & wani.. so adik dia la yg ganti tugas dia klo dia tak buat.. ayah dia yg garang tu pun dia tak takut,siap boleh tutup telinga lg time mak dia bebel..malas tahap dewa ni..pada adik2 yg lain jgn contohi budak ini..hehehe.nasib baik belajar pandai klo malas gak tak tau la apa nak jadi..dah la 1 oktober tu ari jadi dia..minta hadiah bukan main lagi tp bila suruh buat keje malas..harap2 bila dah besar nanti akan berubah..doa2 kan la ye..nina..nina..


Seterusnya di perkenalkan anak kepada abg aku no 6 (mazuan bin lin) nama budak ni adam fansuri..macam tajuk lagu m.nasir kan..abg aku ni gila m.nasir dats y nama anak dia mcm tu.. hehehe geli ati tgk gelagat budak ni..dia ni baru berusia 1thn tp badan dia hantap! klo beli baju dia mesti kena bli saiz 3-4thn..klo x xmuat..dia ni rajin sgt..apa yg org buat sibuk nk tolong. kelam kabut dia ke sana ke mari nak buat keje..byk gak la yg dia tolong.. letak carpet, vakum, pasang langsir walaupun tak sampai.. ntah perangai sapa la yg dia ikut coz ayah dia ni malas masa kecik..wan jgn mare!! harap2 kerajinan dia ni berterusan sehingga dewasa..



So cute...ayu la konon... ni pula eja kaki possing..pantang nampak camera dia mula la berposing. umur dia 2 oktober haritu masuk 4tahun. tp klo bg cakap mengalahkan org tua. klo korang nak tau rambut panjang yg dia pakai tu sebenarnya rambut palsu..hehe.. dia nak sangat rambut panjang tp rambut dia jenis kerinting so klo panjang pun rambut tu tetap nampak pendek. so nak memudahkan keje mak dia belikan dia rambut palsu..dia bi juga peminat setia stacy. pantang dgr lagu stacy mesti menari..masa raya kedua haritu sambut birthday dia so ada la suprise party di buat..tp dah jadi xsuprise coz sume tu dia dah tau..walaupun dia dah tau tp pandai gak blakon buat2 tak tau..masa dia tgh main2 tu,dorg pun kluar kan kek sambil nyanyi...

"happy birthday to you...."

"happy birthday to you........"

"happy birthday to eja...."

"happy birthday to you..........."

Masa lagu itu berkumandang, aku tak dapat nak tahan gelak coz eja pura2 buat muka terharu, siap tutup muka mcm tak pecaya dpt kek n hadiah padahal dia dah tau awal2 lagi..haahaha.. sume org ketawa tgk aksi dia. memang pandai belakon! baru 4tahun klo dah besar xtau la aksi apa lagi dia nak buat..emmmm macam2...eja ni adik si baring iaitu nina..

Begitulah kisahnye anak saudaraku..

 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates