Tuesday, November 25, 2008

'Saya minta maaf'


SALAM dan pelukan menguatkan lagi rasa keikhlasan dalam ucapan maaf.

MEMINTA maaf adalah dua perkataan yang ringkas tetapi sukar dilafazkan oleh kebanyakan orang. Malah, bagi kanak-kanak atau remaja, tindakan meminta maaf mungkin tidak wujudl dalam kamus hidup jika tidak 'diperkenalkan' terlebih dahulu oleh ibu bapa.

Ada yang berpendapat mengajar anak meminta maaf mungkin bukan satu idea yang baik. Sebabnya, tindakan ini mendidik anak menganalisis dan seterusnya menyebabkan mereka sukar menikmati zaman kanak-kanak secara natural.

Tetapi, apakah keperluan tindakan meminta maaf sememangnya perlu diterapkan dalam diri anak sejak awal usia lagi?

Perunding dan penceramah etika perniagaan terkemuka, Lauren Bloom pernah berkata, meminta maaf adalah satu kemahiran sosial yang penting.

Katanya, kanak-kanak yang belajar 'etika' ini bakal menjadi manusia yang efektif dalam apa jua keadaan apabila dewasa nanti.

"Kita semua melakukan kesalahan. Ini adalah sebahagian daripada lumrah kehidupan. Tapi, kesalahan atau kesilapan kecil yang kita buat mungkin memberi impak berlanjutan kepada orang lain jika tidak disusuli dengan maaf.

"Mendidik anak meminta maaf apabila berlaku kesilapan boleh membantu mereka memahami pentingnya sebuah hubungan dan menghormati orang lain," kata Bloom dalam blognya.


MEMINTA maaf mendidik anak jauh daripada sifat ego.


Jika begitu situasinya, apakah langkah mudah untuk membiasakan anak meminta maaf apabila perlu?


Ibu bapa sebagai contoh

Tunjukkan kepada anak bagaimana kata maaf boleh dilafazkan. Misalnya, apabila anda tidak sengaja menumpahkan makanan, katakan: "Minta maaf ya. Mama tak sengaja." Kata-kata ini mungkin nampak ringkas tetapi jika diaplikasikan pada kesalahan lain, ia akan melekat dalam pemikiran anak.

Gunakan bahasa tubuh

Apabila meminta maaf, bahasa tubuh dan renungan mata juga penting dan boleh berkata-kata. Kata maaf yang disertakan dengan renungan mata menunjukkan rasa kesal si pengucap. Genggaman tangan dan pelukan erat juga boleh menjadi ikutan anak jika anda meminta maaf dengan bahasa tubuh seperti itu. Namun, tegaskan kepada anak bahawa pelukan seperti itu bagaimanapun hanya boleh diberikan kepada orang terdekat seperti ahli keluarga sendiri. Salaman ringkas pula ditujukan kepada kenalan. Sesungguhnya, bahasa tubuh adalah kaedah berkomunikasi yang lebih efektif sebelum seseorang melafazkan kata-kata maaf.

Ajar anak bertanggungjawab

Selain itu, anak perlu mengetahui erti bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukannya. Misalnya, jika anak merosakkan barang mainannya, maka, setelah meminta maaf, dia patut berkata: "Mak, saya tahu saya salah. Saya tidak akan ulangi perbuatan yang sama lagi." Hanya dengan cara ini, anak tahu dirinya salah dan perlu bertanggungjawab terhadap kesilapan diri.

Hargai anak

Kata maaf yang diucapkan tidak tinggi maknanya tanpa penghargaan daripada si penerima. Justeru itu, adalah penting untuk anda sebagai ibu bapa memberi tanda menghargai menerusi pujian. Sebagai contoh, katakanlah: "Wah, pandainya nak. Baiklah, mak maafkan, ya." Tindakan ini bukan sahaja boleh melegakan rasa si peminta maaf, malah boleh menguatkan lagi hubungan sesama manusia.

Dalam pada itu, apakah yang akan berlaku jika anak yang bersalah tidak biasa meminta maaf? Pertama, anak mungkin terpaksa berdepan dengan situasi diasingkan daripada kelompok rakan sebaya atau pergaulannya mungkin menjadi terbatas. Keadaan ini sekali gus boleh menjejaskan perkembangan sosialnya.

Jadi, apa sekali pun alasannya, percayalah, etika meminta maaf yang dipelajari sejak kecil boleh memanfaatkan empunya badan apabila dewasa kelak.

Monday, November 17, 2008

17 november 2008



harini besday aku.. ntah la xde pe2 yg menarik pun same je mcm ari2 biasa. aku pun lupe arini arijadi aku myb sebab bz n penat sgt.. bila aku bangun tdo pg td baru aku sedar besday aku tu pun bila ada byk msg dr kwn aku yg wish.. smlm adalah ari yg paling best blaku.. friend-tastic camp! memang best dpt lakukan yg terbaik n dapat kerjasama dr kwn2 yg best2.. xsabar nk kejasama dgn diorang lg. n to izzah, gudluck 4 da next precamp.. i yakin u mampu lakukan yg terbaik. nti pilih i jd mc ye..hehehe.. apepun aku nk wish happy besday tuk diri aku sendiri.. smoge aku dpt ape yg aku hajati selama ini.. amin.

Monday, November 10, 2008

Comelnyeeeeeeeeeee!!!

KL, 6 NOV 2008: Tentu ada yang terkejut dan tertawa melihat mimik wajah penyanyi handalan,
Datuk Siti Nurhaliza.
Jarang sekali kita melihat wajah Siti seperti ini. Apakah yang membuat Siti beraksi seperti itu?

Sebenarnya gambar ini dikirimkan seorang peminat setia Siti yang bernama Deor. Deor berkata, gambar eksklusif ini berjaya dirakamkan olehnya ketika Siti menjadi artis undangan untuk program Muzik Muzik, baru-baru ini.

Deor menjelaskan, pada hari itu, dia menjadi seperti paparazzi kerana berjaya mengikut Siti ke sana-sini. Dari kereta, dalam lif hinggalah ke belakang pentas, dia sentiasa mengejar penyanyi lagu Pastikan itu. Akhirnya, Deor meminta Siti memberikan satu pose paling kelakar dan inilah hasilnya. Memang sportinglah!

Paling menggembirakan Deor, penyanyi terkenal itu juga bersetuju untuk membenarkan dia mengambil foto di rumahnya tidak lama lagi. Ketika dalam lif, Siti terserempak dengan seorang peminat cilik dan ibunya. Siti sempat berborak dan kemudian menghulurkan duit raya. Hai, terkedu jugalah si ibu dan anak itu. Yang ketara sekarang, badan Siti sudah kembali langsing macam dulu. Nampaknya, kata-kata Siti yang mahu kurus seperti kakaknya Saida ketika rakaman program raya Teratak Siti Nurhaliza benar-benar terjadi. Begitulah cerita terbaru penyanyi sensasi kita yang masih belum pudar auranya.

Wednesday, November 5, 2008

ReNggEk!!

hahahahahahhha.. renggek??? nama ni muncul kembali bila anak LIN yg ke7 (dah mcm maya panggil bini helmi la plak..huhu maya jgn mare rr) ala sapa lagi klo bukan WANBINLIN dok sibuk singgah blog aku ni.. tp bila pk balik aku tersenyum sendiri.. actually nama ni adalah nama ejekan aku masa kecik2 dulu. klakar bile ingat blk.. dah lame aku xdgr. nama ni di beri oleh YONG aku anak sulong cik esah aku. ala klo aku ckp pun bukan korg kenal. dia ni duk sbelah umah aku je dulu. aku memang rapat ngn family ni sampai aku dah anggap mcm family aku sendiri. pe2 hal dulu masa kecik mesti aku slalu ngn yong ni myb sebab dia xde adik pompuan kot...

tersebutla al-kisah... dulu masa aku kecik2 aku ni jenis yg kuat nangis, susah nak makan ubat, emm skrg pun sama gak hehe, suka hisap 2jari iaitu jari hantu n jari telunjuk sambil gentel rambut.. tu pasal muncung tajam.. bila aku dah start gentel rambut sambil hisap jari aku akan jadi khayal n mata kepala aku akan telentok. peh! penangan jari ni memang kuat tanpa susu dan puting pun aku leh survive..haha.. ha,1 lg mulut lazer.. serius, sampai ada org tua yg sakit ati ngn mulut aku nama dia taadaaaaa!! CIK EMBUN.. haha tp sekarang bila dah besar, rindu lak dia ngan suara aku..ok je..aku pun dah minta maaf ngn dia. hahaha..




berbalik pada nama ejekan aku td.. dari aku kecik sampai skrg aku xtau kenapa sejarah nama tu diberi. wan, ko tau ke? adakah kerana aku tonggek? atau aku ni jenis byk ragam? ntah la, nti aku try cari kat kamus dewan bahasa perkataan RENGGEK tp walau ape pun aku xkan lupa nama tu.. masa kecik dulu marah giler aku bila org panggil nama tu.. sape panggil mesti dapat jelingan tajam dr aku..hahaha.. n org yg slalu panggil aku dgn panggilan ni adalah adik bradik yong iaitu abg koko, abg celi n nyah baha.. n pakar sakit kan ati org, abg aku wan..

p/s : emm, aku yakin setiap org ada nama tersendiri yg di terima masa kecil dulu kan? n nama tu mesti ada sebab nya.. kadang2 bunyi nya pelik sungguh! hehehe,share la.. lastly, thx to YONG coz bg nama yg xmungkin aku lupakan..atlest ada nama kenangan bukan mcm wan yg hanya tau berangan n bermain dgn robot2 nya..huh! eh,tp ada gak yg aku ingat pasal wan ni masa kecik, bila gigi nya lebih besar n xpadan ngn saiz muka..hahaha..

"bila yg tertulis utkku adalah yg terbaik untukmu,
kan kujadikan kau kenangan yg terindah dlm hidupku..
"


Tuesday, November 4, 2008

Makweku!

Hasrat genggam ijazah belum pudar

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my


DAFI ceria di samping nenek dan ibu bapanya.

Semalam aku gi kajang cari bank pertanian. punya lah payah rupa2 nya ada kat cerok lorong. aku dah la lewat nak g opis, nasib baik jumpa. masa kat dlm bank tu sementara aku tunggu giliran, aku baca la berita harian yg ada kat situ. masa selak2 page tup2 mata aku tertumpu pd gambar di atas. bukan nak cerita pasal si dafi ni, xminat pun (huh statment jeluos ke ni?) tp tertarik pada wajah yg amat2 aku kenal iaitu neneknya a.k.a makwe. Rasanya ni 1st time aku tgk gamabar makwe kat paper.. actually nenek ni adalah mak saudara aku. Aku panggil dia Makwe iaitu Kakak arwah mak aku. so pada mereka yg tidak pernah melihat arwah ibuku, seperti makwe aku ni la cuma arwah mak aku gelap sket n lebih tinggi..

Arwah mak aku ni adik bradik nya 3org je...
1. Makwe - Jamaliah binti Ngah Jeboh
2. Arwah Mak aku - Meriam binti Ngah Jeboh
3. Maksu - Hamsiah binti Ngah Jeboh

Aku xsimpan gambar arwah mak sume ada di dlm album family. album tu plak abg aku yg fanatik M.Nasir tu simpan..takut rosak coz tu satu2 nya album yg ada gambar lama2. itam putih da.. bila mak aku meninggal so tinggal la akak n adik dia je skrg. Makwe stay kat gombak, maksu plak tinggal kat PJ. kami adik bradik memang selalu melawat mereka ni, yela dah tu je yg masih idup. kami sekeluarga memang menjaga hubungan n kerohanian sesama saudara. itulah yg telah diterapkan masa aku kecil2 lagi. dan kami masih amalkan hingga kini.

cuma aku n dafi je xbape ngam. kitorang juz kawan masa kecik je. main sama2 tp bila masing2 dah besar, dah xbrape rapat n wat hal masing2. ntah2 dia pun dah xkenal aku, al-maklumla dah glamour. tp aku xkisah pun, yg penting aku makwe n maksu aku sihat..lagipun memang jarang jumpa, dia kan family yg bz.. politik + hiburan memang xboleh dipisahkan.. hehe. so kepada sesiapa yg nk minta aku sampaikan salam pada dafi tu , sorry la aku xdapat tunaikan. tp klo nk suh kim salam kat nenek dia, boleh la..anytime je..

p/s : to makwe, if u read dis blog, ana nk bgtau supaya makwe jaga kesihatan elok2. ana tau makwe tak brape sihat sejak akhir2 ni. jgn lupa mkn ubat n ikut nasihat doctor. nti ada masa ana akan ziarah makwe di gombak ye. take care n luv u!

.::. di rumah panggilan aku ana. tp di luar org panggil misha(ada sejarahnya)




ni baby sofea.. ramai ckp muka dia mcm makwe aku ni.. yeke? ntah la aku pun xtau nk bezakan.


Saturday, November 1, 2008

pergi buat selamanya

akhirnya blog ini berwajah baru... penat aku buat, siap juga akhirnya tp masih ada yg aku xpuas ati. thax to sifu aguste yang byk membantu. Dia tidak mengira penat lelah utk mengajar aku..ha? yeke? hehe..walaupun begitu masih ada lagi yg aku x puas ati..tp xpala akan aku perbaiki dari masa ke semasa.


selama aku tidak menulis ni byk juga benda yg berlaku.. antara perkara yg aku tidak boleh lupakan adalah kematian arwah Airel a.k.a bf. dia telah pergi buat selamanya. aku kenal arwah melalui norsyahida (ida). hanya doa yang mengiringi pemergiannya. Al-Fatihah.. memang sedih tapi apa kan daya Tuhan lebih menyayangi nya. yang hidup perlu teruskan kehidupan. aku masih ingat kenangan bersama arwah sama2 berkaraoke nyanyi duet lagu 'my heart' tu pun dah lama b4 dia berlayar.. dia juga ada ajar aku cara main snooker tp aku tak pandai pun juz saje2 try. seronok masa arwah ada. arwah seorang yg sgt penyayang dan gentleman. rakan2 juga ramai yg datang masa arwah dikebumikan. masa nak berangkat pulang dari kubur aku sempat tgk surat kematian. punca kematian adalah pendarahan beku di otak dan juga patah tengkok. ni sume gara2 pemanduan yg sgt laju sehingga terbabas pd divider flyover jln. mengikut siasatan polis arwah bawa kereta dlm kelajuan 220-240 km per jam, di atas jln tiada kesan break pun. tak dpt aku bayangkan betapa dasyatnya kemalangan tu. hanya tuhan saja yg tahu. aku tak sempat melihat arwah buat kali terakhir kerana lewat sampai di tanah perkuburan. semoga roh arwah ditempatkan di tempat org2 yg beriman.amin.


mlm tu aku terus ke ofis tut2 dpt msg dr eddy :
ed : misha hehehe.. jom karok..huhu..hehehe..hoho
aku : xpe la ed i kat opis la..
ed : oo yeke,ok sowie..huhu..

normal la klo msg dr ed memang penuh dgn huhu,hehehe,hohoho, mcm dah xde benda nak tulis lak. ayat nye sket je tp hohehu yg lebih.. siang bf aku meninggal mlm ed ajak karok.. tp xpa la dia xtau pun.. xramai yg tahu hal ni hanya dak2 rumah je itu pun setelah diberitahu.

p/s : kepada mereka yg mempunyai kenderaan jgn memandu laju. hati2 di jln raya. patuhi lah segala undang2 di jln raya..

 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates