Friday, August 21, 2009

salam ramadhan...

pejam celik, akhirnya tibalah ramadhan yg sentiasa di nanti2 kan.. Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang kite buat akan dapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga akan berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela...


Apabila kita buat silap kita slalu nk salahkan syaitan dan iblis kononnya menggoda kita. Tapi kenapa kesilapan yang sama masih berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?emmm.fikir2 kan la...

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita dapat bersihkan balik hati kita yang pudar dan lumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam. InsyaAllah... slamat berpuasa kawan2!!

Friday, August 7, 2009

anak HAMI....Mia Marissa


**new mom in da world**

akhirnya lahirlah seorang putri yg diberi nama Mia Marissa.. anak bestfriend aku iaitu Hami Haliza.. baby gul ini dilahirkan pada 5ogos 2009 di Hospital Pakar An-Nur pada jam 1.30pg.. berat baby ni adalah 4.15kg, emmmm besar kan? tp comel sgt2.. xdpt aku bayangkan mcmne hami menanggung kesakitan masa melahirkan baby ni... bila aku msk je blk dah ada baby kat tepi katil, aku trus tgk kulit bayi tu..hehe selamat putih ikut kulit ayah.. tp tak sabar nk tgk dia membesar n bercakap adakah mulut nya sama seperti mulut hami?? haaaa..suprise!! nantikan 'hami jarum junior' hahaha...


**Mia Marissa so cute...

aku rasa aku tau kenapa baby ni ada nama Mia kat depan.. ini kerana ibunya sgt meminati cerita Mia Maisara yg dilakonkan oleh Nasha Aziz, so anak dia yg dpt tempiasnye... huhu.. apa2 pun aku doakan kesihatan bayi ini moga dihindari dari sebarang penyakit.. dgr kata mlm petama blk umh dah mula buat ragam menangis n berak2 je, kesian maknye.. so arini dia bawa baby ni g cek-up.. hopefully xde pape..amin..


pic 1 ** keciknye aku, besarnye hami..hehe
pic 2 **suami dia yg dari dulu pemalu ngn camera..

 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates