Friday, August 21, 2009

salam ramadhan...

pejam celik, akhirnya tibalah ramadhan yg sentiasa di nanti2 kan.. Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang kite buat akan dapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga akan berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela...


Apabila kita buat silap kita slalu nk salahkan syaitan dan iblis kononnya menggoda kita. Tapi kenapa kesilapan yang sama masih berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?emmm.fikir2 kan la...

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita dapat bersihkan balik hati kita yang pudar dan lumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam. InsyaAllah... slamat berpuasa kawan2!!

0 comments:

 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates