Hai!! emmm aku terpanggil pagi ni tuk melanjutkan penulisan ku....sebenarnya
di fikiran aku asyik terfikir tentang perbezaan suasana perayaan di kampung dan juga di desa...walaupun aku memang lahir di bandaraya kuala lumpur ni tapi bila tiba musim perayaan aku xde feel nak beraya kat kl ni. Terlalu byk perbezaan yang aku rasakan. Sekarang aku berada di rumah akak kesayanganku di Cheras. Lagi beberapa hari nak raya tapi sepanjang hari aku duk kat sini xde apa yang menarik. Suasana raya xde langsung.. yg ada hanyalah seperti berikut :

- Setakat dengar lagu raya kat Hot.fm n tgk iklan raya yg tak seberapa di tv jek..bosan sungguh!
- aku xdgr pun suara budak berlari-lari sambil bermain bunga api di laman yang lapang...
- tiada juga ku nampak org memasang pelita mahupun lampu kelip2..
- dan yg paling hampir sekali tiada suasana org buat kuih raya..
- sume pakai tuuuuuuunnnnjuk je kat kl ni...ish3x!!
Kuih Tradisi KL : Kuih Tunjuk
Nak dijadikan cerita, aku pernah sekali beraya di kl ni. mcm biasa still pegi rumah saudara-mara di kl yg byk dan xkn abis..tp feelling dia xsama mcm di desa..ntah la sukar utk digambarkan..lu pikir la sendiri nabil.. ada 1ari tu aku bosan pastu aku pegi la ke KLCC (xingat raya ke bape) kononnya saja nak bejalan tp nampak gayanya memang xleh jln. bukan sebab jln jem dgn kete tp KLCC jem dgn mat2 bangla n indon je.. sosak mato den melihatnyo...emmm,sejak tu aku bertekad xnk raya kl lagi..huhu..sadis sungguh!
Tetapi sua
sana tu amat berbeza jika berada di Kampung. Malam ni aku dah nak berangkat ke kampung halaman ku di kg gajah teluk intan, perak.. walaupun aku tidak dilahirkan di situ tp inilah tempat lahir kedua org tuaku..kalau ada kat kampung ni memang la sgt2 meriahnya..yg paling best tugas utamaku :

>>tukar sarung kusyen dan langsir
>>memasang pelita
>>mengemas rumah (deco bersama misha)
>>sume keje yang tak melibatkan periuk belanga di dapur..haha
emmm,di kampung ini juga aku akan dgr dan lihat sume benda yg aku tak dpt dgr kat kuala lumpur tu.. xyah la aku tulis kan..korang faham2 jela.. tu la yg seronoknya di kampung ni.. n yg paling berani mesti ada bunyi dentuman meriam buluh yg di reka sendiri oleh budak2 kampung..siap lawan bunyi lagi..tu yg POWER!!
Ni yg buat aku tergoda beraya di kampung..sentiasa kekal dlm mood raya..walaupun begitu aku tak lupa pada mereka yg kurang mampu..seperti anank2 yatim piatu dan juga org miskin.. di dalam kesibukan kita membuat persediaan utk berhari raya jgn dilupa mereka yg tidak berdaya..cewah..dah mcm lirik lagu plak..