Monday, November 10, 2008

Comelnyeeeeeeeeeee!!!

KL, 6 NOV 2008: Tentu ada yang terkejut dan tertawa melihat mimik wajah penyanyi handalan,
Datuk Siti Nurhaliza.
Jarang sekali kita melihat wajah Siti seperti ini. Apakah yang membuat Siti beraksi seperti itu?

Sebenarnya gambar ini dikirimkan seorang peminat setia Siti yang bernama Deor. Deor berkata, gambar eksklusif ini berjaya dirakamkan olehnya ketika Siti menjadi artis undangan untuk program Muzik Muzik, baru-baru ini.

Deor menjelaskan, pada hari itu, dia menjadi seperti paparazzi kerana berjaya mengikut Siti ke sana-sini. Dari kereta, dalam lif hinggalah ke belakang pentas, dia sentiasa mengejar penyanyi lagu Pastikan itu. Akhirnya, Deor meminta Siti memberikan satu pose paling kelakar dan inilah hasilnya. Memang sportinglah!

Paling menggembirakan Deor, penyanyi terkenal itu juga bersetuju untuk membenarkan dia mengambil foto di rumahnya tidak lama lagi. Ketika dalam lif, Siti terserempak dengan seorang peminat cilik dan ibunya. Siti sempat berborak dan kemudian menghulurkan duit raya. Hai, terkedu jugalah si ibu dan anak itu. Yang ketara sekarang, badan Siti sudah kembali langsing macam dulu. Nampaknya, kata-kata Siti yang mahu kurus seperti kakaknya Saida ketika rakaman program raya Teratak Siti Nurhaliza benar-benar terjadi. Begitulah cerita terbaru penyanyi sensasi kita yang masih belum pudar auranya.

1 comments:

Dyana/Nadia/Dai/dizzy said...

comelnyerr.tak penah tgk dia posing mcmtu kalo tak posing ayu jee

 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates