Saturday, November 1, 2008

pergi buat selamanya

akhirnya blog ini berwajah baru... penat aku buat, siap juga akhirnya tp masih ada yg aku xpuas ati. thax to sifu aguste yang byk membantu. Dia tidak mengira penat lelah utk mengajar aku..ha? yeke? hehe..walaupun begitu masih ada lagi yg aku x puas ati..tp xpala akan aku perbaiki dari masa ke semasa.


selama aku tidak menulis ni byk juga benda yg berlaku.. antara perkara yg aku tidak boleh lupakan adalah kematian arwah Airel a.k.a bf. dia telah pergi buat selamanya. aku kenal arwah melalui norsyahida (ida). hanya doa yang mengiringi pemergiannya. Al-Fatihah.. memang sedih tapi apa kan daya Tuhan lebih menyayangi nya. yang hidup perlu teruskan kehidupan. aku masih ingat kenangan bersama arwah sama2 berkaraoke nyanyi duet lagu 'my heart' tu pun dah lama b4 dia berlayar.. dia juga ada ajar aku cara main snooker tp aku tak pandai pun juz saje2 try. seronok masa arwah ada. arwah seorang yg sgt penyayang dan gentleman. rakan2 juga ramai yg datang masa arwah dikebumikan. masa nak berangkat pulang dari kubur aku sempat tgk surat kematian. punca kematian adalah pendarahan beku di otak dan juga patah tengkok. ni sume gara2 pemanduan yg sgt laju sehingga terbabas pd divider flyover jln. mengikut siasatan polis arwah bawa kereta dlm kelajuan 220-240 km per jam, di atas jln tiada kesan break pun. tak dpt aku bayangkan betapa dasyatnya kemalangan tu. hanya tuhan saja yg tahu. aku tak sempat melihat arwah buat kali terakhir kerana lewat sampai di tanah perkuburan. semoga roh arwah ditempatkan di tempat org2 yg beriman.amin.


mlm tu aku terus ke ofis tut2 dpt msg dr eddy :
ed : misha hehehe.. jom karok..huhu..hehehe..hoho
aku : xpe la ed i kat opis la..
ed : oo yeke,ok sowie..huhu..

normal la klo msg dr ed memang penuh dgn huhu,hehehe,hohoho, mcm dah xde benda nak tulis lak. ayat nye sket je tp hohehu yg lebih.. siang bf aku meninggal mlm ed ajak karok.. tp xpa la dia xtau pun.. xramai yg tahu hal ni hanya dak2 rumah je itu pun setelah diberitahu.

p/s : kepada mereka yg mempunyai kenderaan jgn memandu laju. hati2 di jln raya. patuhi lah segala undang2 di jln raya..

5 comments:

Dyana/Nadia/Dai/dizzy said...

al-Fatihah
ok dai akan bwk keta ngan hati2

Anonymous said...

Takziah, K.Misya,..

Awat k.misya x bagi taw,.terasa bersalah plak,.. sowey2..

al-fatihah, semoga roh arwah di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang2 yang soleh, Amin..

Marziana Lin said...

thax dai..
slamat dai komen kat sini,misha xingat add dai.ati2 memandu lg2 kite2 ni yg slalu drive mlm.

Marziana Lin said...

its ok la ed..xde pape..u pun xtau sume tu kebetulan je..anyway thx!

P3tani is my nama said...

banyakkan besabar..

dunia penuh dgn ujian. UjianNya menjadikan kita kuat sepertimana kita sekarang...

:)

Al-FATIHAH

 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates